Suri rumah guna pencen PERKESO sebagai modal jual kuih

Iklan
Siti Nor Zuriati (tiga, kanan) menerima kotak Prihatin yang disampaikan oleh Nora .

KOTA BHARU - Seorang suri rumah yang menerima pencen faedah orang tanggungan tanggungan (FOT), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhasrat untuk memulakan perniagaan kuih sejuk beku menggunakan wang tersebut sebagai modal.

Siti Nor Zuriati Abdullah, 35, hilang punca rezeki untuk menanggung dua anak perempuan berusia dua dan lima tahun selepas kematian suami, Allahyarham Mahmud Ali sebulan lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Siti Nor Zuriati, pencen sebanyak RM1,395 sebulan yang diterima itu dapat membantu menyara dua anaknya termasuk membayar yuran tadika anak sulung sebanyak RM60.

"Pencen ini sangat membantu dan saya juga akan bekerja bagi menampung keperluan persekolahan dan masa depan anak-anak," katanya kepada pemberita selepas penyerahan bayaran faedah pengurusan mayat oleh Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaakob pada Khamis.

Iklan

Menceritakan kejadian itu, kata Siti Nor Zuriati, menjadi rutin setiap malam suaminya keluar mengail atau menjala ikan yang menjadi sumber rezeki mereka sekeluarga.

Bagaimanapun katanya, suaminya keluar rumah pada 17 September lalu dan tidak pulang sehingga jam 12 tengah hari 18 September.

Iklan

"Pada sebelah paginya, saya keluar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana ada temu janji dan meninggalkan anak-anak kerana yakin dia akan pulang.

"Sebaik pulang dari hospital, suami masih tidak ada di rumah dan saya mengambil keputusan mencarinya di kuala sungai tetapi tidak menemui sebarang tanda dia ada di tempat itu," katanya.

Siti Nor Zuriati kemudian meminta tolong abang iparnya yang kemudian mencari di beberapa kawasan sebelum menemui suaminya terapung di tepi sungai Kampung Kuala Pak Amat.

Wanita itu kini menumpang sementara di rumah ibu saudaranya, Mariam Sulaiman, 67, di Kampung Aur Tanjung sementara kewangannya dalam keadaan baik untuk menyara anak-anak.