Lori langgar lori, pemandu tahan sakit kaki tersepit

Iklan
Bomba menyelamatkan seorang pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Plaza Tol Semenyih, pada Khamis. Foto ihsan JBPM Selangor

SEMENYIH - Seorang pemandu lori cedera tersepit selepas lori dipandunya merempuh sebuah lori di Plaza Tol Semenyih, Lebuhraya Kajang-Seremban, di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.04 pagi mengenai kemalangan dua lori 20 tan.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota yang tiba di lokasi mendapati kaki pemandu lori berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an tersepit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang hanya mengalami kecederaan berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.