SPRM siasat 20 projek MBI Selangor, bekas COO direman seminggu

Iklan
Azam menjawab soalan media selepas menyampaikan ucapan perasmian pada majlis Persidangan Meja Bulat Memperkasa Integriti dan Mitigasi Aktiviti Pengubahan Wang Haram melalui kolaborasi antara SPRM dan Institusi Kewangan bagi tahun 2024 di sebuah hotel di ibu negara, pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 20 projek Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya turut menyiasat lima syarikat dikatakan mempunyai saham membabitkan beberapa individu termasuk ahli politik terkait dengan kes itu.

Iklan
Iklan

Dalam masa sama, beliau mengesahkan seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI direman seminggu bermula pada Khamis.

"Pagi ini kita dapat satu lagi permohonan reman terhadap bekas COO MBI yang sebelum ini kita tangkap dan hanya dapat reman sehari.

Iklan

"Kali ini dia ditahan sekali lagi atas isu yang lain dan permohonan reman diperoleh selama tujuh hari,” katanya pada sidang media, di sini, pada Khamis. - Awani

Iklan