Kesihatan Tun M semakin pulih

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin pulih.

Pembantunya, Sufi Yusoff berkata, bagaimanapun pemimpin berusia 99 tahun itu masih mendapat rawatan di IJN.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, keadaan Tun semakin pulih namun masih menerima rawatan.

"Namun, masih belum pasti bila Tun akan dibenarkan pulang," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru.

Beliau mendapatkan rawatan di IJN pada petang Selasa dan diberi cuti sakit selama 12 hari sehingga Khamis minggu hadapan.

Iklan