Lebih 90 peratus dikesan tidak mencarum SKSPS

Iklan
Nora (kanan) menyantuni Siti Nor Zuriati di Kampung Aur Tanjung.

KOTA BHARU - Lebih 90 peratus daripada 177,000 individu yang bekerja sendiri di negeri ini dikesan tidak mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob berkata, orang bekerja sendiri (OBS) masih tidak mempunyai kesedaran untuk mencarum dan sehingga kini hanya 10,300 OBS yang memanfaatkan skim berkenaan.

Iklan
Iklan

"SKSPS menawarkan pelbagai faedah termasuk perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional serta faedah pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan bayaran faedah pengurusan jenazah kepada Siti Nor Zuriati Abdullah, 35, balu kepada mangsa lemas, Allahyarham Mahmud Ali di Kampung Aur Tanjung.

Iklan

Menurutnya, kadar caruman hanya serendah RM23.30 bagi tempoh setahun selepas diberikan subsidi lebih 90 peratus oleh kerajaan.

Beliau berkata, jumlah caruman tidak membebankan malah memberi faedah kepada pencarum jika berlaku kemalangan.

Iklan

"Manfaat itu bukan sahaja untuk diri malah anak-anak sehingga berusia 21 tahun atau menamatkan ijazah pertama,” katanya.

Jelas beliau, inisiatif subsidi bagi skim itu juga telah dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.