Lelaki tunggu pelanggan ditahan bersama pil kuda

Iklan
Pil kuda yang dirampas daripada suspek.

KOTA BHARU - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki sedang menunggu pelanggan untuk urusan menjual pil kuda di tepi jalan di Kampung Taweh, Pasir Puteh pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, pemeriksaan di tubuh suspek menemui pil disyaki dadah dianggarkan bernilai RM7,800.

"Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas saringan awal urin," katanya.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, polis memohon tahanan reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula Khamis untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.