Ban Sungai Bernam pecah punca Jalan Sungai Panjang banjir

Iklan
Jalan Sungai Panjang-Tanjong Malim tidak boleh dilalui semua kenderaan akibat dinaiki air pada Rabu.

SABAK BERNAM - Ban Sungai Bernam dilaporkan pecah menyebabkan Jalan Sungai Panjang-Tanjong Malim tidak boleh dilalui semua kenderaan akibat dinaiki air pada Rabu.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, air dari ban pecah itu memasuki kawasan ladang dan melimpah masuk ke Sungai Bernam.

Iklan
Iklan

"Banjir di laluan itu berpunca apabila air dari Slim River bertembung dengan air dari Sungai Bernam yang menyebabkan limpahan di laluan terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Samsol Maarif memberitahu, limpahan air setinggi 0.6 meter dicatatkan setakat jam 12 tengah hari Khamis.

Iklan

Beliau memberitahu, laluan utama itu dinaiki air sepanjang tiga kilometer dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.

"Pengguna dinasihatkan tidak melalui jalan terbabit dan menggunakan laluan alternatif lain," kata beliau.

Iklan