Sharnaaz kini pemilik kelab bola sepak

Iklan
Sharnaaz menjadi pemilik kelab bola sepak Carabat FC.

PELAKON Sharnaaz Ahmad kini menceburkan diri dalam industri sukan apabila menjadi pemilik kelab bola sepak, Carabat FC.

Menurut Sharnaaz, penubuhan kelab itu mempunyai visi penting untuk menghadirkan impak kepada sukan bola sepak Malaysia.

Iklan
Iklan

"Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform kepada pemain berbakat mempamerkan kebolehan mereka.

"Kami percaya, gaya permainan pasukan untuk menghiburkan peminat dan setiap jaringan gol dicipta melalui gaya permainan menarik.

Iklan

"Kelab ini juga membangunkan identiti tersendiri berdasarkan komitmennya untuk permainan bola sepak yang menarik dan mencapai kejayaan melalui kerja berpasukan dan kemahiran pemain," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook pasukan itu.

Kelab itu difahamkan telah ditubuhkan tahun ini dan berpangkalan di Shah Alam serta Kuala Lumpur.

Iklan

Berdasarkan hantaran di laman Facebook mereka, pasukan itu akan mengadakan perlawanan persahabatan kedua dengan pasukan bola sepak Bangi City pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga menyatakan hasratnya mahu melihat pasukan itu mendaki setapak demi setapak untuk beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Malaysia.

"Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS," katanya.