Ismail Sabri dakwa ada individu buat akaun palsu disyaki 'scammer'

Iklan
Akaun Facebook palsu yang menggunakan nama seakan Ismail Sabri dipercayai untuk menyamar dan memperdayakan orang ramai.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa terdapat satu akaun Facebook yang palsu dicipta oleh individu tidak bertanggungjawab menggunakan ejaan seakan sama dengan namanya.

Ismail Sabri berkata, akaun itu turut mencuri gambar di halaman Facebook rasmi miliknya iaitu Ismail Sabri Yaakob dengan niat untuk menyamar dan memperdayakan orang ramai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau juga telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menutup akaun tersebut.

"Laporan itu dibuat agar akaun itu tidak lagi digunakan untuk memperdaya dan membahayakan orang ramai dengan menyamar sebagai mantan Perdana Menteri Malaysia.

Iklan

"Saya percaya Facebook palsu ini dicipta untuk tujuan-tujuan ‘scam’," katanya menerusi laman Facebooknya pada Khamis.

Beliau turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan sindiket penipuan dalam talian.

Iklan

"Saya nasihatkan agar semua pengguna laman media sosial berhati-hati dengan scammer," katanya.