Perkasa Mahkamah Syariah, RUU355 bakal dibentang bersama akta baharu

Iklan
Zulkifli

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bakal dibentangkan bersama akta baharu sebagai usaha memperkasakan institusi kehakiman berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kedua-dua RUU itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Iklan
Iklan

"Proses secara teliti dan menyeluruh, beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan telah dibuat pada tahun 2023 untuk mendapatkan pandangan terhadap pindaan yang dicadangkan.

"Semasa Konvensyen Memartabatkan Perundangan Syariah di Malaysia pada 15 Julai 2024, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyatakan bahawa pindaan kepada akta ini hendaklah dibuat dengan teliti.

Iklan

"Perkara berkenaan perlu dilakukan supaya ia menjadi satu dokumen yang kukuh, disepakati oleh semua negeri, mufti dan ulama,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) berhubung usaha membentangkan pindaan RUU355 bagi mengangkat martabat Mahkamah Syariah dalam negara.

Iklan

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Kulai), Zulkifli berkata, sesi libat urus tersebut turut melibatkan orang bukan Islam direkodkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal Undang-Undang Islam.

Antara pertubuhan yang terlibat Christian Federation of Malaysia, National Evangelical Christian of Fellowship Malaysia dan Persatuan Agama Taoism Malaysia.

Seterusnya, Sri Maha Mariamman Temple, Malaysia Hindu Sanggam, Unit Hal Ehwal Agama-Agama serta Jabatan Premier Sarawak dan lain-lain.

"Perkara ini membuktikan bahawa kita mengambil kira untuk memberi penerangan mesti bersifat inklusif dan ia perlu merangkumi keseluruhan masyarakat.

"Kita akan meneruskan lagi sesi libat urus ini agar semua pihak memahami ia bukan usaha politik tetapi demi memartabatkan dan mengangkat institusi perundangan serta kehakiman syariah di negara ini,” jelasnya.