Pencuci mulut kucing

Iklan
Kesukaran mencari kek yang mesra haiwan kesayangan bagi meraikan ulang tahun pertama kucingnya Caroline, menjadi pencetus idea buat Tiana Avis Rajendra untuk menghasilkan sendiri kek sedemikian.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Remaja berusia 19 tahun ini menghabiskan cuti sekolahnya pada hujung 2021 bagi"bereksperimen" menghasilkan pelbagai kek estetik menerusi resipi yang diperoleh daripada carian Internet, selain bertanya kepada pakar haiwan.



Katanya, selain menggunakan sotong, daging ayam dan ikan mentah yang segar, dia turut memasukkan sayur-sayuran seperti brokoli dan lobak merah sebagai bahan utama agar kek itu lebih berkhasiat, sementara bahagian luar kek pula disaluti krim keju tanpa garam.



Menurut gadis ini, harga kek bergantung kepada saiz dan juga jenis daging yang digunakan, iaitu antara RM100 ke RM200 bagi sebuah kek.