Gambar tular fitnah lama

Iklan
Gambar tular yang dikongsi di Facebook Mohamed Fadzli.

KOTA BHARU - Gambar tular yang memaparkan jentera berat dengan tulisan '62,258 ekar tanah milik Ah Chuan' merupakan fitnah lama terhadap kerajaan negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mengikut rekod Pejabat Tanah dan Galian, ahli perniagaan, Datuk Tay Kian Chuan memiliki kira-kira 24.8 hektar dan bukan 24,800 hektar seperti yang digambarkan di media sosial.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, tanah berkenaan dibeli daripada pemilik Cina lain sebelum ini dan bukan diberi atau dianugerahkan oleh kerajaan negeri Kelantan.

"Itu fitnah lama dan ada pula yang menayangkan semula.

Iklan

Sebelum itu, Mohamed Fadzli melalui Facebook berkongsi satu gambar tular di media sosial yang turut ditulis '62,258 ekar tanah Kelantan diberi kepada Tay Kian Chuan, tanah yang dipijak bukan lagi milik kita... tapi milik Ah Chuan'.

Menurutnya, melalui mesyuarat Exco semalam dimaklumkan mengenai perkembangan tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang menfitnah kerajaan negeri kononnya memberi tanah beribu ekar kepada tauke Cina.

Iklan

Mohamed Fadzli menjelaskan, rakyat boleh membeli atau memiliki tanah namun perlu memenuhi kaedah dan syarat yang ditetapkan.

Katanya lagi, Kelantan merupakan antara negeri yang paling ketat syarat pemilikan tanah bagi menjaga hak pemilikan tanah orang Melayu.

"Kelantan mempunyai tanah rezab Melayu paling tinggi di seluruh negara," katanya.