20 maut minum arak beracun di timur India

Iklan
20 orang maut selepas terminum arak beracun di Bihar, timur India. Foto hiasan

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 20 orang maut selepas terminum arak beracun di Bihar, timur India, lapor media tempatan pada Khamis.

Jualan arak diharamkan di Bihar, namun penduduk tempatan mendakwa bahawa penguatkuasaan larangan tidak begitu ketat dan arak tiruan dihasilkan secara haram.

Iklan
Iklan

Tejashwi Yadav, pemimpin parti Rashtriya Janata Dal (RJD) yang berpusat di Bihar berkata, jumlah kematian akibat arak tiruan mencecah 30 orang dan puluhan lagi hilang daya penglihatan.

"Orang ramai mengatakan arak diharamkan di Bihar. Tetapi ia masih boleh didapati di mana-mana," kata Yadav.

Iklan

Kematian terbaharu ini berlaku dalam komuniti miskin di daerah Siwan dan Saran, menurut laporan tempatan. - Bernama

Iklan