Jumlah mangsa banjir di Perak, Pahang meningkat

Iklan
Penduduk melalui jalan yang dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar dan pelepasan air di Empangan Chenderoh di Kampung Pasir Garam, Pulau Tiga Kiri. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat manakala di Kedah dan Melaka berkurangan setakat jam 4 petang.

Di PERAK, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,407 orang petang ini berbanding 1,286 mangsa pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurut laman sesawang rasmi Public Info Banjir, paras air Sungai Bidor di Hilir Perak, Sungai Rui di Hulu Perak serta Sungai Perak di Perak Tengah melepasi tahap amaran.

Di PAHANG, jumlah mangsa yang ditempatkan di sembilan PPS turut meningkat kepada 1,803 berbanding 1,643 orang pagi tadi.

Iklan

Di KEDAH, jumlah mangsa yang ditempatkan di tujuh PPS menurun sedikit kepada 839 berbanding 848 orang dari dua daerah iaitu Pendang dan Kota Setar.

Laman sesawang rasmi Public Info Banjir memaklumkan paras air Sungai Anak Bukit di Kota Setar melepasi tahap bahaya.

Iklan

Sementara itu di MELAKA, jumlah mangsa banjir berkurangan apabila mencatatkan penurunan kepada 12 orang petang ini berbanding 31 pagi tadi. - Bernama