Warga Myanmar maut dibaham harimau

Iklan
Tapak kaki harimau yang ditemui di hutan selepas menyerang mangsa warga Myanmar.

JELI - Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan maut disyaki dibaham harimau berdekatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli-Gerik, Batu Melintang di sini pada Khamis.

Mangsa ditemukan dengan kesan kecederaan gigitan di leher, rahang bahagian kiri dan kanan, kesan cakar di belakang badan serta dada.

Iklan
Iklan

Selain itu paha kiri mangsa juga putus manakala tulang dan kaki kiri berada di sebelah badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaakob berkata, mayat lelaki itu ditemui rakannya kira-kira jam 9.15 pagi.

Iklan

Menurut beliau, lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai dibaham harimau ketika berada di belakang rumah kongsi dalam hutan berhampiran sebuah ladang cili.

"Mangsa disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam selepas rakannya mendengar ngauman harimau berdekatan ladang tempat mereka bekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Saari berkata, selepas menemui mayat mangsa, rakannya membuat laporan di Balai Polis Batu Melintang sebelum sepasukan anggota polis diketuai beliau pergi ke lokasi terbabit dibantu tujuh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta lima penduduk.

"Siasatan mendapati mangsa berada kira-kira 300 meter dari rumah kongsi dan laluan ke lokasi perlu melalui jalan berbukit, sungai dan kebun sayur," katanya.

Saari memberitahu, berdasarkan kesan corak darah sepanjang laluan, mangsa dipercayai cuba melepaskan diri beberapa kali namun gagal.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Jeli untuk bedah siasat.