Tiga nelayan hilang ditemukan selamat

Iklan
Ketiga-tiga mangsa yang ditemui selamat dibawa ke jeti Zon Maritim Kemaman untuk rawatan.

KEMAMAN - Tiga nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar untuk mencandat sotong pada Ahad lalu ditemukan selamat pagi Khamis.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, tiga nelayan itu ditemukan pada kedudukan 25 batu nautika tenggara Kuala Kemaman kira-kira jam 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa iaitu Mokhtar Yusof, 69, bersama anaknya, Mohd Shukri Mokhtar, 46, dan adiknya, Mohd Nasir Yusof, 46, ditemui selamat oleh nelayan tempatan yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

"Bot dinaiki mereka mengalami kerosakan ketika berada di perairan Kuantan pada Selasa menyebabkan mereka terpaksa bersauh bagi mengelak hanyut dibawa arus sementara menunggu bantuan tiba.

Iklan

"Kesemua mereka gagal dihubungi memandangkan kawasan tersebut tiada jaringan komunikasi," katanya di sini pada Khamis.

Tiga nelayan yang hilang ditemui selamat dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kemaman.

Ariffin berkata, bot berkenaan telah diberi bantuan oleh bot rakan mangsa dan kesemua mereka telah dibawa ke jeti Zon Maritim Kemaman untuk rawatan.

Iklan

Katanya, Op Carilamat yang diaktifkan tengah hari Rabu bagi mengesan kesemua nelayan itu ditamatkan jam 5 petang pada Khamis.

Sebelum ini, operasi mengesan mangsa diaktifkan selepas pasukan penyelamat menerima laporan daripada keluarga bahawa mangsa tidak pulang selepas keluar ke laut pada Ahad lalu.