Pindaan kewarganegaraan: Satu kejayaan buat semua ibu

Iklan
Tangkap layar hantaran Azalina di platform X pada Khamis.

SHAH ALAM - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan yang lulus di Dewan Rakyat pada Khamis satu kejayaan buat semua ibu warganegara Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU tersebut diluluskan dengan undian melebihi jumlah dua per tiga ahli Parlimen seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Iklan
Iklan

"Hari yang cukup bersejarah buat negara. Terima kepada mereka yang konsisten dalam memperjuangkan hal ini.

"Alhamdulillah. Tahniah Kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam hantaran di platform X pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, Dewan Rakyat meluluskan pindaan tersebut yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

RUU berkenaan yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu, diluluskan dengan majoriti dua pertiga ahli Parlimen selepas ia dibahaskan oleh 70 wakil rakyat.

Iklan

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas undi belah bahagi dilakukan.

Menurutnya, seramai 206 ahli Parlimen bersetuju untuk meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024, sementara seorang tidak bersetuju dan 14 lagi tidak hadir.