PUTRAJAYA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri mengingatkan orang ramai agar kekal bertenang dengan kehadiran helikopter dan bunyi letupan di sekitar Bangunan Perdana Putra di sini pada jam 8 pagi hingga 2 petang, Sabtu ini.
MKN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan Latih Amal Keselamatan Negara: Eksesais Megastealth 2024 yang bertujuan menguji proses evakuasi serta kesiapsiagaan keselamatan di bangunan itu pada hari terbabit.