The Cops beri komitmen bebas isu tunggakan gaji

Iklan
PDRM ketika ini menghuni tangga kelima Liga Super dengan mengumpul 15 mata selepas 11 perlawanan. Foto PDRM FC

PDRM FC menyatakan komitmen untuk menamatkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 tanpa terpalit masalah kewangan walaupun muncul sebagai pasukan dengan bajet terendah musim ini, difahamkan di bawah RM10 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif PDRM FC, Asisten Superintenden Mohamad Hafiz Zainal Abidin berkata, skuad Sang Saka Biru itu mempunyai cabaran tersendiri, tetapi mendapat sokongan daripada pemilik.

Iklan
Iklan

Katanya, kedudukan semasa pasukan bimbingan P Maniam itu di tangga kelima Liga Super juga boleh disifatkan pada tahap yang memberangsangkan, di sebalik bajet yang rendah.

"Secara jujurnya memang kita agak bergelut daripada segi dana dan sudah tentu kami bersyukur mempunyai pemilik yang sangat memberikan sokongan dan boleh saya sebut pemurah.

Iklan

"...dan isu gaji atau peruntukan kewangan yang rendah dengan apa kami belanjakan dengan tempat kami berada sekarang sudah cukup buat saya gembira, cuma untuk kekalkan itu masalahnya sama ada pemain saya mampu berada di tahap terbaik setiap masa sepanjang masa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika ditanya adakah terdapat jaminan tunggakan gaji tidak akan menghimpit PDRM sehingga ke penghujung musim, Mohamad Hafiz berkata:"Saya boleh bagi jaminan memang tidak.”

Iklan

PDRM yang merupakan juara Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023, ketika ini menghuni tangga kelima dalam saingan Liga Super dengan mengumpul keseluruhan 15 mata selepas 11 perlawanan dan hanya terpisah dua mata dengan pasukan tempat ketiga Terengganu FC.

Hujung bulan lalu tiga kelab Liga Super yang sedang berdepan isu tunggakan bayaran gaji dikenakan denda RM15,000 serta merta oleh badan bebas Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB).

Sementara itu, Mohamad Hafiz berkata, untuk mengekalkan momentum semasa dalam saingan liga, memerlukan usaha keras daripada semua pemain dan pihak pengurusan.

"Agak 'yo-yo' (prestasi semasa), tidak boleh dibanggakan dan tidak boleh terlampau seronok, tentu sekali semua pihak bercakap mengenai kami di lima teratas (pada masa ini) jadi ia tidaklah buruk, tapi untuk kekalkan momentum itu memerlukan usaha betul-betul keras dan penuh efisien daripada semua pemain dan pengurusan,” katanya. - Bernama