Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali

Iklan
Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Oktober ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 November ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.

Beliau berkata, cuti tambahan itu bukan sahaja bermanfaat kepada komuniti India dan memberikan kemudahan kepada mereka yang meraikannya tetapi juga memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta dan menghormati kepelbagaian budaya di negara ini.

Iklan
Iklan

"Deepavali merupakan perayaan yang penting bagi komuniti Hindu di Malaysia dan ia masa untuk keluarga, renungan diri serta perpaduan masyarakat.

"Dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 1 November, kerajaan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman serta harmoni,” katanya dalam kenyataan.

Iklan

Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Oktober ini.

Murugiah turut merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan mempertimbangkan permintaan berkenaan demi kepentingan perpaduan nasional dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya negara. - Bernama

Iklan