CPI dan komitmen kerajaan Madani
Iklan
NEGARA sedang melangkah ke arah perubahan besar dan signifikan dalam memerangi rasuah dengan menetapkan matlamat mencapai kedudukan ke-25 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dalam tempoh 10 tahun.
Matlamat ini sebahagian usaha kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkukuh integriti, memperbaiki tatakelola dan meningkatkan keyakinan awam serta pelabur asing terhadap Malaysia.