Belanjawan 2025: MPM harap peruntukan RM15 juta

Iklan
Megat Shahriman mahu lahirkan lebih ramai atlet para berkualiti bagi mengalas cabaran Malaysia di Sukan Paralimpik Los Angeles 2028.

KERAJAAN diharapkan supaya dapat mempertimbangkan pemberian peruntukan sebanyak RM15 juta kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dalam Belanjawan 2025.

Malah Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, percaya pendekatan itu akan membolehkan penyaluran secara langsung daripada MPM kepada 25 persatuan sukan para kebangsaan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, kaedah itu juga secara tidak langsung melicinkan lagi usaha memperkasakan pembangunan akar umbi ahli gabungan badan induk tersebut.

"Saya berharap dana untuk pembangunan akar umbi atlet para disalurkan terus kepada Majlis Paralimpik Malaysia.

Iklan

"Ini bagi membolehkan MPM bersama 25 persatuan sukan para kebangsaan membangunkan terus program pembangunan dalam usaha melahirkan atlet para berkualiti.

"Paling penting, MPM mahu bergerak lebih awal dalam melahirkan lebih ramai atlet pelapis bagi mengalas cabaran di Sukan Paralimpik Los Angeles 2028,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Iklan

Tambah Megat Shahriman, peruntukan tersebut juga akan membolehkan MPM melaksanakan pelbagai program pembangunan yang lebih berstruktur bersistematik bersama ahli gabungan.

"MPM juga mengambil sepenuhnya tanggungjawab dan akauntabiliti serta patuh kepada segala prosedur ditetapkan selama ini dalam pengagihan dana kepada pihak terlibat.

"MPM juga ingin tegaskan di sini bahawa sentiasa terbuka disiasat sekiranya terdapat dakwaan salah laku berkaitan segala prosedur ditetapkan selama ini dalam pengagihan dana,” ujarnya.

Sebagai rekod, Belanjawan 2025 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.