Lelaki maut kereta hilang kawalan bertembung lori

Iklan
Keadaan kereta dinaiki mangsa remuk selepas terlibat kemalangan. Foto IPD Seri Alam.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Batu 25, Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu ketika mangsa yang berusia 43 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke Kampung Sungai Tiram.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati ketika di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa secara tiba-tiba telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa telah tersepit hingga mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Iklan
Iklan