TUMPAT - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan haiwan eksotik seperti ular, cicak jenis Spiny Tailer Monitor dan kura-kura dipercayai dari Thailand bernilai RM302,500 dalam serbuan di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.
Rampasan jam 6.30 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota PGA selepas ternampak beberapa orang dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok, di sini semasa melaksanakan rondaan Op Taring Wawasan.
PGA Kuala Terengganu mematahkan kegiatan penyeludupan haiwan eksotik dalam serbuan di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor pada Khamis.