KUALA SELANGOR - Fenomena air pasang besar menyebabkan Jalan Persekutuan di Tanjong Karang menghala ke Sekinchan dari kedua-dua arah dilimpahi air pada Jumaat.
Video berdurasi satu minit 17 saat yang tular di Facebook menunjukkan beberapa kenderaan meredah jalan digenangi air.
Iklan
Iklan
Menerusi hantaran itu, pemilik akaun mendakwa air melimpah di jalan utama itu dan meminta pengguna jalan raya berhati-hati.
Dalam video sama juga menunjukkan rumah penduduk di kawasan rendah turut dinaiki air.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani mengesahkan kejadian itu.
Beliau memberitahu, air di kawasan itu melimpah dari longkang akibat fenomena air pasang besar.
"Kejadian limpahan air berlaku kira-kira jam 6 pagi dan kemudian surut sepenuhnya dua jam kemudian," ujar beliau.