Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Tuck Wah meninggal dunia

Iklan
Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Wilayah Persekutuan, Kong Tuck Wah meninggal dunia pada Khamis petang.

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Wilayah Persekutuan, Kong Tuck Wah dilaporkan meninggal dunia pada Khamis petang.

Berita duka itu dikongsikan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Wilayah Persekutuan, Fauzi Abu Bakar menerusi kemas kini di Facebooknya.

Iklan
Iklan

Fauzi berkata, pemergian mendiang mengejutkan banyak pihak terutama pimpinan Pas di Wilayah Persekutuan.

"Berita kematiannya diberitahu semasa mesyuarat Pas Wilayah Persekutuan pada malam tadi (Khamis).

Iklan

"Kekosongan kerusi kegemaran Tuck Wah memberi tanda tanya kerana mendiang senantiasa datang awal pada setiap kali kami bermesyuarat," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, pemergian Tuck Wah merupakan satu kehilangan besar dalam keluarga Pas khususnya dalam kepimpinan DHPP.

Gambar kenangan Tuck Wah hadir pada Muktamar Pas Pusat

Iklan

Ujarnya, segala jasa baik dan sumbangan mendiang akan dikenang dan dihargai oleh generasi akan datang.

"Kami merasa sedih atas kehilangan tokoh berkaliber ini, seorang pemimpin yang telah memberikan sumbangan besar dalam memupuk perpaduan antara kaum dan agama.

"Beliau sentiasa mengambil pendekatan bersederhana interaksi berbilang bangsa dan budaya.

"Semoga keluarga mendiang diberi ketabahan dalam menghadapi saat-saat sukar ini," katanya.

Tuck Wah pernah bertanding atas tiket calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang pada 2018 selain aktif menyebar kefahaman perundangan Islam kepada bukan Melayu termasuk hukum hudud.

Upacara penghormatan mendiang dijangka diadakan di Jinjang Funeral Parlour bermula jam 10 pagi Jumaat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Batu Caves pada Isnin.