PEH24 platform pensijilan halal, bakal himpun 400 eksekutif

Iklan
Persidangan PEH24 bakal menghimpunkan 400 eksekutif halal pelbagai bidang tempatan dan luar negara.

KUALA LUMPUR - Persidangan Eksekutif Halal Kebangsaan 2024 (PEH24) berlangsung selama dua hari bermula Selasa depan bakal menghimpunkan 400 eksekutif halal yang sedang berkhidmat dalam pelbagai industri termasuk dari luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, penganjuran PEH24 edisi ketiga itu juga menjadi platform perkongsian idea dan bertukar pandangan secara eksklusif melibatkan pengamal pensijilan halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa

Iklan
Iklan

"PEH24 akan memberi peluang kepada eksekutif dan pengamal industri halal untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai hala tuju serta polisi kerajaan melalui sesi perbincangan panel melibatkan pelaksana dasar dan pakar," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ujar beliau, PEH24 turut membuka penyertaan kepada para pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi dalam bidang berkaitan halal dan syariah.

Iklan

"Ini sekali gus memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang serta hala tuju profesion eksekutif halal," jelas Amir Hamzah.

Katanya, selain sesi taklimat dan penerangan daripada pihak berautoriti dalam pensijilan halal, peserta PEH24 juga berpeluang mengikuti forum membabitkan pakar-pakar bidang berkaitan halal termasuk dari pemerintah Indonesia iaitu Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal.

Iklan

"Pada penghujung persidangan, PEH24 juga memberi peluang kepada eksekutif halal yang mengambil bahagian mengemukakan pandangan, isu dan cadangan berkaitan secara kolektif kepada penggubal dasar sekali gus memartabatkan profesion ini di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

"Resolusi ini kemudiannya akan diserahkan secara terus kepada pihak berwajib dan kita berharap harapan eksekutif halal terbabit akan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan,” ujar beliau.

Amir Hamzah yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur berkata, PEH24 dianjurkan secara bersama Kolej UNITI Port Dickson dan Pusat Kecemerlangan Halal Kolej UNITI (UHAC) selain mendapat kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri selain penglibatan syarikat terkemuka tempatan.

"PEH24 juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan akhbar Bahasa Melayu nombor 1 dan paling berpengaruh, Sinar Harian sebagai media rasmi sepanjang persidangan.

"Kesudian Sinar Harian terlibat secara langsung dalam PEH24 memperlihatkan komitmen akhbar berkenaan untuk membantu kerajaan mengembangkan kepentingan dan keperluan pensijilan halal negara dan pada masa sama, membantu memartabatkan profesion eksekutif halal negara,” katanya.

Pendaftaran dan maklumat lanjut PEH24 boleh dibuat melalui pautan https://halalschool.onpay.my/order/form/peh24.

Sebarang pertanyaan mengenai persidangan ini boleh hubungi Eksekutif Latihan dan Pentadbiran UHAC, Ahmad Amirul Azhan Ramlan melalui talian 017-7455303.