Hotel tawar penginapan percuma kepada mangsa banjir

Iklan
Hotel Apsara tawar penginapan untuk mereka yang mempunyai bayi, warga emas dan orang sakit untuk mangsa banjir di Temerloh

TEMERLOH - Prihatin dengan nasib mangsa banjir di daerah ini, Hotel Apsara di sini menawarkan penginapan percuma buat mereka yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

Pengurus hotel, Norasmira Azharuddin, 26 berkata, tawaran itu diberikan kepada mereka yang mempunyai bayi, warga emas atau ahli keluarga yang sakit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penginapan itu akan diberikan sehingga keadaan banjir sudah surut.

"Tawaran ini tertakluk kepada kesediaan bilik dan siapa cepat dia dapat.

Iklan

"Setakat ini, sudah ada individu yang menghubungi pihak kami dan kami mengalu-alukan mereka yang memerlukan bantuan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ujarnya, tawaran itu antara salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat selain menghargai masyarakat Temerloh yang banyak menyokong hotel terbabit.

Iklan

Jelas Norasmira, hotel yang terletak di pusat bandar Temerloh itu mula beroperasi pada 2023 dan memiliki 46 bilik.