Penunggang motosikal maut bertembung treler

Iklan
Keadaan motosikal yang remuk akibat kemalangan dengan sebuah treler di KM46 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM

TEMERLOH - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan treler di Kilometer (KM) 46 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke arah Kuala Lumpur.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal jenis Yamaha Ego Gear lalu masuk ke laluan bertentangan.

Iklan

"Situasi itu menyebabkan mangsa bertembung dengan treler yang sedang bergerak di lorong kanan menghala ke Kuantan dan akibat dari perlanggaran tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu treler berusia 27 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Iklan