Pembantu penjaga tekup sudu panas: Peguam GISBH mohon representasi

Iklan
Laporan Sinar Harian berkenaan Puteri Nurin Amalina yang berdepan I penderaan fizikal terhadap kanak-kanak di sebuah pusat jagaan

SEREMBAN – Pihak pembelaan yang mewakili seorang pembantu penjaga kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di daerah ini yang berdepan pertuduhan melakukan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak di situ akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Barisan peguam yang dilantik mewakili GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) memaklumkan perkara itu kepada Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Peguam, Najib Zakaria meminta tempoh sebulan untuk menghantar representasi terbabit kepada pihak pendakwaan.

Selain itu, beliau turut memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan diberikan kepada anak guamnya, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 20.

Iklan

Ini kerana katanya, tertuduh yang berdepan dua pertuduhan di bawah seksyen sama yang dibacakan di Mahkamah Sesyen berasingan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin sebelum ini telah dibenarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan.

"Bagi tujuan penyelarasan, saya berasa sekiranya mahkamah mengambil pendekatan tidak benarkan jaminan, ini menggambarkan satu keadaan agak ganjil kerana pertuduhan yang sama di bawah Sesyen 31(1), tapi satu mahkamah benarkan jaminan dan satu lagi tidak.

Iklan

"Jadi saya mohon jasa baik mahkamah dengan alasan beliau tidak diwakili, saya mohon jumlah jaminan sama seperti mana yang ditetapkan Datin Surita (Hakim Mahkamah Sesyen 2),"katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noorashikin Nasarudin memaklumkan yang pihaknya kekal dengan keputusan tiada jaminan ditawarkan.

Namun jelasnya, sekiranya mahkamah membenarkan, beliau meminta syarat tambahan dikenakan iaitu tidak menganggu saksi, melapor diri di balai polis dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa apabila dihubungi.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan sebutan semula kes 3 Disember depan.

Sinar Harian pada 12 September lalu melaporkan Puteri Nurin Amalina mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dihadapinya.

Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001[Akta 611] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali

Kesalahan itu dilakukan sekitar bulan Ogos di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah, Seremban.