Che'gu Bard akan kemuka representasi gugur tuduhan keluar kenyataan fitnah

Iklan
Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Badrul Hisham, 45, memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali hari ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah berkata pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pihak peguam dan perkara itu disahkan oleh Muhammad Rafique.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Januari depan untuk sebutan kes. Sebelum ini, mahkamah menetapkan 26 dan 27 November ini untuk perbicaraan kes berkenaan.

Iklan

Pada 11 Julai lepas, Badrul Hisham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Badrul Hisham didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang 22 Jan lepas mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan - Bernama

Iklan