Air pasang besar: 103 mangsa dipindah di Sabak Bernam, Kuala Selangor
Iklan
Sebuah rumah penduduk ditenggelami banjir akibat fenomena air pasang pada Jumaat.
SABAK BERNAM - Fenomena air pasang besar mengakibatkan seramai 103 mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini dan Kuala Selangor pada Jumaat.
Tiga kampung di Sabak Bernam dinaiki air antaranya Parit 16 Tanjung Medan, Kampung Belia 2 dan Kampung Simpang 3 Loji, manakala di Kuala Selangor pula membabitkan Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang.
Iklan
Iklan
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pemindahan itu dilakukan selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 0.5 meter.
Samsol meninjau salah sebuah rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Parit 16 Tanjung Medan, Sungai Panjang di sini pada Jumaat.
"Tinjauan kami mendapati paras air pasang di kawasan pantai dua daerah itu berada paras 5.9 meter, kira-kira jam 5.30 pagi tadi," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.
Iklan
Samsol memberitahu, banjir di tiga kawasan kampung di Sungai Panjang disebabkan ban pecah berdekatan sebuah ladang di Sungai Bernam pada Rabu.
"Kampung Sungai Sireh pula menerima limpahan air dari Sungai Tengi hingga mengakibatkan hampir 30 rumah penduduk terjejas," katanya.
Iklan
Samsol berkata, dua PPS di Sungai Panjang melibatkan Dewan Kampung Hala Cara Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai Jaya.
"Kedua-dua pusat yang menempatkan 77 mangsa daripada 25 keluarga itu masing-masing dibuka pada jam 5.30 petang dan 10 malam Khamis.
"PPS di SK Sungai Sireh yang melibatkan 26 mangsa pula mula dibuka jam 10 pagi tadi (Jumaat)," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin berkata, pihaknya menerusi beberapa agensi terlibat sedang menjalankan pemantauan di kawasan terjejas.
"Hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan paras air sungai di beberapa kawasan di Sungai Panjang meningkat dan berlaku ban pecah.
"Limpahan air sungai itu memasuki tiga buah kampung namun keadaaan mulai surut dan beransur pulih," katanya.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menetapkan fahaman, ajaran dan amalan oleh pengikut, pekerja atau ahli serta kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya difatwa haram.
Perkara itu disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kumpulan itu mempunyai elemen-elemen menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari aspek akidah dan syariat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/691689/berita/selangor-fatwa-gisbh-sesat-pengikut-perlu-bertaubat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH