Lelaki OKU jaga ibu berusia 90 tahun
Iklan
Kumpulan Operasi Agihan Daerah Sepang ketika mengunjungi keluarga Azman (kanan).
SEPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki kurang upaya (OKU) fizikal tidak menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai halangan untuk menjaga ibunya yang berusia lebih 90 tahun.
Dikenali sebagai Azman, lelaki berusia 53 tahun itu juga mengusahakan bengkel motosikal di rumahnya bagi menampung perbelanjaan diri dan ibunya.
Iklan
Iklan
Perkongsian itu didedahkan Kumpulan Operasi Agihan Daerah Sepang dalam satu hantaran di laman Facebook Lembaga Zakat Selangor selepas mengunjungi keluarga lelaki terbabit.
Walaupun berkerusi roda, Azman masih mampu mengusahakan bengkel motosikal di rumahnya bagi menampung perbelanjaan diri dan ibunya.
Iklan
"Walaupun berkerusi roda, beliau tetap menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya berusia lebih 90 tahun yang kaki kanannya turut dipotong akibat penyakit kencing manis.
"Namun begitu, Azman tetap berusaha membuka bengkel motor di rumahnya sebagai pendapatan tambahan bagi menyara kehidupan bersama ibunya," menurut perkongsian itu pada Jumaat.
Iklan
"Setelah mendengar masalah dan keadaan kehidupan beliau, Zakat Sepang mencadangkan beberapa bantuan sesuai dan segera bagi membantu Azman dan ibunya.
"Berdasarkan hasil siasatan kami, beliau layak didaftarkan golongan asnaf miskin. Buat masa ini, dia hanya bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Alhamdulillah, terima kasih buat semua pengeluar zakat. Ayuh teruskan berzakat bersama kami di https://fpx.zakatselangor.com.my/," menurut perkongsian itu di laman Facebook LZS.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menetapkan fahaman, ajaran dan amalan oleh pengikut, pekerja atau ahli serta kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya difatwa haram.
Perkara itu disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kumpulan itu mempunyai elemen-elemen menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari aspek akidah dan syariat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/691689/berita/selangor-fatwa-gisbh-sesat-pengikut-perlu-bertaubat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH