Remaja maut akibat lemas sedut asap kebakaran

Iklan
Mangsa ditemui maut dalam bilik tingkat atas rumahnya di Saujana Impian, Kajang.

KAJANG - Bedah siasat dilakukan pada Jumaat mengesahkan remaja perempuan yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Saujana Impian, di sini disebabkan lemas tersedut asap kebakaran.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang bagi tujuan bedah siasat pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan mangsa yang berusia 17 tahun ditemui meninggal dunia di dalam biliknya di tingkat atas rumah.

Iklan

Naazron berkata, ketika kebakaran berlaku, mangsa dipercayai berada berseorangan di rumah tersebut.

"Mayat ditemukan dalam keadaan terbaring dan melecur di dalam bilik tingkat atas rumah.

Iklan

"Punca kejadian disyaki litar pintas di tingkat bawah rumah, sebelum api marak membakar sehingga ke tingkat atas. Kebakaran menyebabkan 60 peratus rumah dijilat api," ujarnya.