Ramli Nor pakai tanjak Orang Asli kaum Semai pengerusikan Belanjawan 2025

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor tampil dengan kelainan apabila memakai tanjak ketua suku kaum Semai ketika mempengerusikan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Beliau mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya belanjawan dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands memaklumkan diberi tanggungjawab mempengerusikan majlis pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan pada 4 petang.

Sebelum ini ia lazimnya dipengerusikan Speaker.

Iklan

"Ini sejarah buat saya sebagai bekas pegawai polis bersara dan berketurunan masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia khususnya sebagai anak Pahang.

"Doakan semoga berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan