PM bentang Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat

Iklan
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat pada jam 4.05 petang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan belanjawan itu di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan serta laman YouTube Parlimen.

Iklan
Iklan

Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga dibentangkan di bawah kerajaan Madani pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menurut takwim di laman rasmi Parlimen, rang undang-undang itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari bermula 21 Oktober, diikuti sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 6 November dan diteruskan dengan perbahasan di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 13 November.

Iklan

Semalam, Anwar menerusi perkongsian di laman Facebook beliau berkata, Belanjawan 2025 akan memacu lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi keadilan kepada rakyat terbanyak.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga kerajaan serta semua pihak terlibat yang telah memerah keringat dan memberi cadangan bernas untuk menjayakan belanjawan berkenaan.

Iklan

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di lobi Dewan Rakyat pada jam 4 petang diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying. - Bernama