Belanjawan 2025: Hutang akan terus naik selagi defisit tak dikurangkan

Iklan
Anwar membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hutang negara akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit.

Katanya, disebabkan itu langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada lima peratus (2023) seterusnya anggaran 4.3 peratus (2024) dan unjuran 3.8 peratus (2025).

Iklan
Iklan

"Atau dengan erti kata lain, jumlah hutang baharu yang kian menurun daripada sekitar RM100 bilion pada 2022 kepada lebih RM90 bilion (2023) seterusnya dianggar RM85 bilion (2024) dan unjuran RM80 bilion (2025).

"Lebih bermakna lagi apabila dapat dikurangkan kadar defisit dan pinjaman baharu secara berperingkat setiap tahun membolehkan kita mencapai sasaran jangka sederhana FRA iaitu defisit fiskal pada kadar 3 peratus dan paras hutang di bawah 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan
Iklan