Keadaan di Laut China Selatan terkawal, tiada unsur agresif terhadap Malaysia

Iklan
Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain menyampaikan amanat pada Majlis Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut ke-19 di Auditorium Wisma Pertahanan, pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keadaan di Laut China Selatan selamat dan terkawal meskipun terdapat beberapa konflik berlaku di sekitar kawasan perairan tersebut, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.

Beliau berkata, setakat ini tiada situasi tegang atau agresif tercetus antara TLDM dengan pasukan keselamatan negara lain termasuk kapal Pengawal Pantai China (CSG) yang dikesan berada di sekitar Laut China Selatan.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, memang betul terdapat kapal CSG di sana tetapi mereka tidak bertindak secara agresif dengan kita...bila kapal kita berjumpa dengan mereka, reaksi mereka baik dan tiada tindakan agresif,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Amanat Ulung Panglima Tentera Laut di Wisma Pertahanan di sini pada Jumaat.

Zulhelmy yang dilantik sebagai Panglima TLDM ke-19 yang baharu pada 23 September lepas berkata, TLDM berpendirian apabila berlaku ketegangan pihaknya akan cuba meredakan keadaan daripada menjadi agresif.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, kapal CSG yang dikesan berada atau melalui perairan Laut China Selatan adalah kapal dengan keberatan 5,000 tan dan mempunyai keupayaan berada di laut selama 45 hingga 50 hari secara konsisten.

Beliau berkata, Malaysia bersama negara lain sentiasa berwaspada terhadap kehadiran kapal pengawal pantai asing di kawasan perairan berkenaan.

Iklan

Terdahulu, Kementerian Pertahanan dilaporkan berkata, TLDM sentiasa memantau enam kawasan maritim Malaysia merangkumi Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu untuk mengesan kapal mencurigakan dan kapal perang negara lain. - Bernama