Belanjawan 2025: Saluran berpusat perkhidmatan kerajaan di UTC

Iklan
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju membentuk saluran berpusat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi membantu rakyat susah untuk memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat, adakalanya ia merumitkan rakyat untuk memohon kerana melibatkan pelbagai kementerian dan agensi dengan kriteria yang berbeza.

Iklan
Iklan

"Urusan kerajaan melibatkan perniagaan juga perlu dinilai semula. Ini juga satu hal yang merumitkan.

Mengapa perlu dibebankan syarikat dengan terpaksa mendaftar secara berasingan dengan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sedangkan maklumat pekerja adalah sama?

Iklan

"Sebaiknya, pendaftaran syarikat dapat disekalikan.

"Kerajaan bertegas untuk menelusuri hal ini," katanya ketika berucap dalam pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

Beliau yang merupakan Menteri Kewangan berkata, perkhidmatan kaunter-kaunter kerajaan akan terus ditambah baik dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula menambah 1 jam waktu operasi di kaunter.

"Sebuah UTC akan dibangunkan di Seberang Perai, Pulau Pinang dan semua UTC akan dibekalkan dengan sistem penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian

sebelum berurusan," ujarnya.

Jelas Anwar, Ikhtiar Kiosk Sentuhan Madani akan dilaksanakan dengan menghimpun pelbagai kiosk perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah supaya rakyat boleh berurusan dengan kerajaan di luar waktu pejabat.

"Sistem iPayment yang dibangunkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai platform bayaran tanpa tunai akan digunakan di semua kaunter kerajaan bermula tahun 2025," katanya.