Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi RON95 tahun depan

Iklan
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai daripada pelaksanaan penyasaran itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion.

"Kenyataan yang tidak dapat dimungkiri adalah bahawasanya, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

Iklan

"Diperingatkan bahawa dana RM8 bilion ini lebih baik dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Ujar beliau yang juga Menteri Kewangan, sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 ketimbang negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02 sen) dan Arab Saudi (RM2.66).

Iklan

Tambahnya, kerajaan terus komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan.

"Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat.

"Maknanya, kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat," jelasnya.