Belanjawan 2025: ‘Sekarang bukan masa laksana projek mega’ - Anwar

Iklan
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Pembangunan negara akan menumpukan kepada infrastruktur, prasarana dan projek berkepentingan rakyat serta menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek di 12 negeri yang berkepentingan rakyat contohnya Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) sebagai hab hijau berteknologi tinggi pertama di Asia Tenggara oleh SD Guthrie dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Perak.

Iklan
Iklan

Selain itu, menurutnya, Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi melibatkan sungai-sungai di Pahang; Pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands; Projek Pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kepada enam lorong Fasa 3 dari Simpang Renggam ke Machap, Johor serta Pembinaan Loji Rawatan Air Machang, Kelantan.

"Sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega.

Iklan

"Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

Menteri Kewangan itu berkata, negeri lain yang terlibat seperti Melaka, Perlis, Selangor, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu juga tidak terkecuali daripada senarai pembangunan projek berkepentingan rakyat.