Belanjawan 2025: Bantuan isi rumah miskin naik kepada lebih RM13,000 setahun

Iklan
Isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun berbanding RM11,000 pada masa ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun iaitu satu peningkatan amat ketara berbanding RM11,000 pada masa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk warga emas miskin pula layak menerima bantuan lebih RM10,000 setahun berbanding RM8,000.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua jumlah berkenaan jika dihitung berdasarkan keseluruhan bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang RM1,100 sebulan dan ini belum mengambil kira bantuan daripada kerajaan negeri, zakat dan yayasan.

Iklan

"Maka, tanggungjawab kita adalah untuk pastikan tiada keciciran. Oleh itu, pihak JKM dan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta Jabatan Perdana Menteri (JPM) harus berganding bahu menggandakan usaha verifikasi golongan miskin,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November depan melibatkan peruntukan RM1.7 bilion.

Iklan