Belanjawan 2025: Sumbangan khas RM500 buat 70,000 guru KAFA, imam

Iklan
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal menyalurkan sumbangan khas sebanyak RM500 dengan peruntukan RM35 juta untuk menghargai jasa lebih 70,000 guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), takmir, imam, bilal, tok siak, noja serta marbut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan meluncurkan ikhtiar wakaf al-Quran dengan mencetak satu juta naskah kitab suci itu beserta terjemahan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin dan Sweden untuk diedarkan ke seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bertujuan menyemai kesedaran rentetan insiden membakar al-Quran di Sweden dan penentangan yang menebal terhadap Islam.

”Usaha ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama pihak seperti Yayasan Restu.

Iklan

”Sebagai tanda persaudaraan, kita mengambil pendekatan membawa lebih 40 rakyat Palestin yang memerlukan rawatan kesihatan ke Malaysia.

”Bagi menyokong usaha pengumpulan bantuan, kerajaan mencadangkan skop pelepasan cukai untuk badan amal di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan diperluas meliputi sumbangan kepada bukan warganegara terjejas,” katanya.

Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.