Saya tak pernah terfikir BN akan kalah: Khalid

Iklan
Khalid Abdul Samad

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengakui tidak berharap untuk menjadi menteri kerana sepanjang karier politiknya, beliau berada dalam blok pembangkang.

Malah katanya, beliau sendiri tidak pernah terfikir BN akan tewas selepas lebih 60 tahun mentadbir negara.

Iklan
Iklan

"Saya sendiri tak pernah terfikir kerajaan BN akan kalah. Soal nak jadi menteri ke apa tak pernah harap.

"Kalau orang yang ada visi nak jadi menteri...macam masa ketika saya muda dulu, bukan jadi pembangkang, (lebih baik) dia jadi (ahli) Umno. Kalau masuk Umno, jadi setiausaha politik. Selalunya yang jadi pembangkang tak akan terfikir nak jadi menteri," katanya dalam program Bicara Minda bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad di .... Karangkraf, di sini, hari ini.

Iklan

Mengulas tentang kemenangan PH membentuk kerajaan selepas sekian lama menjadi pembangkang, Khalid berkata, kemenangan diperoleh adalah secara berperingkat.

"Apa yang ALLAH dah tetapkan (kemenangan), ia proses. Kita tak menang terus Putrajaya, tetapi di negeri dulu iaitu menang di Selangor dan Pulau Pinang. Ianya membantu kita dan (dari sini) kita dah nampak bagaimana pentadbiran (urus negeri).

Iklan

"ALLAH sudah rancang supaya kita melalui proses secara berperingkat supaya kita faham. Sekarang bila apa-apa kes berlaku di Putrajaya, kita (boleh tangani kerana) pernah dihadapi di Selangor dulu. Yang penting sekali, apa yang diserahkan (amanah untuk mentadbir negara) pada kita, kita jalankan sebaik mungkin," katanya.