Belanjawan 2025: Kerajaan sedia dana tambahan RM25 juta urus anak teraniaya

Iklan
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

SHAH ALAM - Kerajaan akan menyediakan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya.

Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana tambahan itu juga diperuntukkan untuk melaksanakan program pemulihan akidah.

Iklan
Iklan

"Ini kerana pemikiran dan aliran yang menyimpang daripada Islam yang sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah semakin membimbangkan.

"Oleh itu, kerajaan sediakan dana tambahan untuk KPWKM," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

Tambah Anwar, pelbagai usaha dijalankan bagi mengekang segala aktiviti pemesongan akidah yang berlaku pada hari ini.

"Usaha bersepadu giat dijalankan susulan aktiviti pemesongan akidah yang kian menular.

Iklan

"Perkara tersebut telah menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia," jelasnya.