9 warga Myanmar ditahan, tiada dokumen perjalanan sah

Iklan
Lima lelaki warga Myanmar ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Lipis-Merapoh kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Foto ihsan PDRM

LIPIS - Sembilan warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah dalam operasi pencegahan jenayah bersepadu pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira jam 4 petang itu, kesemua mereka berusia lingkungan 12 hingga 37 tahun ditahan di lokasi berasingan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, Asisten Superintenden Ahmad Zaki Abdullah.

Sebanyak 29 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi tersebut. Foto ihsan PDRM

Iklan

"Dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Lipis-Merapoh dekat Padang Tengku di sini, polis menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navarra dipandu lelaki berusia 25 tahun.

"Hasil pemeriksaan, lima lelaki Myanmar dalam kenderaan tersebut didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Iklan

Sementara itu beliau berkata, dalam operasi sama di sekitar Lingkaran Tengah Utama (LTU) berhampiran persimpangan Aur Gading, polis mengesan sebuah kereta jenis Honda Accord warna hitam berhenti di tepi jalan.

Honda Accord yang ditahan dalam operasi pada Khamis. Foto ihsan PDRM

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang pemandu lelaki berusia 49 tahun bersama dua penumpang terdiri dua lelaki dan dua wanita.

"Kesemua penumpang didapati warga Myanmar dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," tambahnya.

Jelas beliau, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Lipis untuk tindakan selanjutnya bersama kedua-dua kenderaan terbabit.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran Seksyen 26J (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu sebanyak 29 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut.