'Dia akan tanya mana bil' - Perkongsian Neelofa beri inspirasi

Iklan
Neelofa bertuah memiliki suami seperti Haris.

SELEBRITI popular, Neelofa mendedahkan tidak pernah menyentuh perihal pembayaran utiliti dan barang dapur semenjak mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Haris Ismail, tiga tahun lalu.

Berkongsi perkara itu dalam satu audio siar, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 35, Haris tidak membenarkan dia membeli barangan keperluan dapur menggunakan wangnya sendiri kerana percaya nafkah adalah tanggungjawab seorang suami.

Iklan
Iklan

"Sewa rumah, air, api, barang dapur, semuanya saya tidak pernah sentuh sejak saya berkahwin, sebab itu tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian," ujarnya menerusi audio siar Richman Coffee bersama pelakon, Nora Danish dan pempengaruh Natasha M Ozeir.

Tambah Neelofa, sekiranya dia menggunakan duit sendiri untuk membeli barang keperluan, Haris akan membayar kembali wang itu.

Iklan

Malah Haris akan mengingatkan dia, bahawa semua itu tertakluk di bawah tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

"Kadang-kala bila saya pergi beli susu anak ke atau barang untuk memasak, dia akan kata (tanya) mana bil?

Iklan

"Kalau saya kata, saya tidak minta dengan dia atau pun dia nampak plastik di dapur, dia akan tanya saya pergi beli barang ke?

"Haris akan pesan jangan buat begitu lagi kerana itu bahagian (tanggungjawab) dia," kongsi ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Bagaimanapun, kata Neelofa, andai si suami tidak berkemampuan untuk menyediakan segala keperluan, isteri boleh membantu dengan persetujuan bersama.

Perlu bertoleransi selain menghormati pasangan, bekas pengacara Meletop itu percaya itu perlu dilakukan kerana suami adalah ketua keluarga yang akan memimpin isteri dan anak-anak.

"Kenapa perempuan kena ikut cakap suami, kena hormat suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita.

"Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia.

"Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk kepada suami,” kongsinya.

Dalam masa sama, Neelofa turut menitipkan pesanan yang boleh dijadikan panduan buat wanita yang masih mencari pasangan hidup.

"Saya ada adik yang masih belum berkahwin. Saya beritahunya untuk berkahwin, carilah orang yang faham cara untuk galas tanggungjawabnya itu (sebagai suami).

"Bukan mengenai dunia sahaja, bukan pasal cari duit dan sediakan rumah. Tanggungjawabnya sebagai hamba ALLAH dan sebagai bakal suami nanti.

"Saya rasa kalau tanggungjawab itu dia faham, ia (rumah tangga) akan lebih mudah. Bukan soal kerja apa walaupun ia penting," tutur Neelofa.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris, 29, pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang kini berusia setahun.