Lima dikhuatiri lemas, latihan regata bertukar tragedi

Iklan
Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di Kuching pada Jumaat. Foto hiasan

KUCHING - Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di sini pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.20 petang.

Iklan
Iklan

Susulan itu, sepasukan anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Insiden ini melibat 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya menyelamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

Iklan

Kesemua yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun. - Bernama

Iklan