Gigi Coffee diiktiraf halal

Iklan
Gigi Coffee menerima pengiktirafan sijil halal daripada Jakim.

SHAH ALAM – Jenama kopi terkenal, Gigi Coffee kini disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sekali gus mengukuhkan komitmennya terhadap kualiti produk dan keyakinan pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi Gigi Coffee, Ts Au Soon Yong berkata, selaras pengiktirafan itu, pihaknya kini sedang berusaha untuk mendapatkan perakuan sama bagi rangkaian cawangan yang lain.

Iklan
Iklan

"Dengan pencapaian itu, ia mencerminkan kesungguhan dan dedikasi berterusan kami terhadap kualiti produk serta ketelusan untuk mencapai customer base yang lebih luas.

Syarikat Gigi Coffee memperoleh akreditasi rasmi SLDN daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

"Kami juga komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi di cawangan lain bagi memastikan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan dijamin halal agar dapat memenuhi hasrat pelanggan untuk menikmati produk kami,” katanya menerusi satu kenyataan.

Iklan

Dalam pada itu beliau menjelaskan, usaha Gigi Coffee untuk mendapatkan sijil halal adalah tepat pada waktunya apabila pengiktirafan itu mampu meningkatkan reputasinya sebagai salah satu rangkaian kopi popular di Malaysia.

Malah menurutnya, usaha memenuhi piawaian yang ditetapkan Jakim membuktikan pematuhan dalam penyediaan produk berkualiti premium, sekali gus mampu mengembangkan jenama Gigi Coffee ke seluruh rantau.

Iklan

Selain menawarkan pelbagai jenis minuman kopi, Gigi Coffee turut menggabungkan beberapa menu serta tawaran bermusim dengan menjalin kerjasama dengan beberapa pembekal dan jenama untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman terbaik.

Penggemar Gigi Coffee menikmati minuman kopi di pelancaran Gigi Coffee x Tudung Ruffle.

Justeru Soon Yong berkata, pensijilan halal menjadi sebahagian daripada strategi meluas dengan memberi tumpuan mengekalkan piawaian tertinggi dalam semua aspek operasi bermula sumber produk hingga penyampaian perkhidmatan.

"Kami memahami kepentingan kualiti dan keterangkuman kepada pelanggan, oleh itu pihak kami komited untuk memastikan nilai-nilai ini diterjemahkan dalam setiap cawan kopi yang dihidangkan kepada pelanggan kami.

"Pensijilan halal merupakan satu lagi langkah menyediakan persekitaran yang inklusif dan mewujudkan suasana rahmah untuk semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Institusi yang sah untuk Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi usaha meningkatkan pembangunan tenaga kerja barista.

Selain pensijilan halal, Gigi Coffee turut mendapat akreditasi daripada Kementerian Sumber Manusia untuk program latihan barista di bawah SLDN.

Program tersebut memberi penekanan dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui latihan praktikal dan teori, sekali gus membantu barista membangunkan kepakaran dalam penyediaan minuman kopi.

Di samping itu, mereka turut dilatih dalam menyampaikan perkhidmatan pelanggan serta kebersihan tempat kerja.

Barista Gigi Coffee menerima latihan rasmi program SLDN.

Semua inisiatif yang dilaksanakan syarikat itu memperlihatkan kesungguhan dan dedikasi Gigi Coffee untuk menyediakan pekerja berkemahiran tinggi dan lengkap dalam penyampaian perkhidmatan pelanggan serta memastikan kualiti produk menepati piawaian yang tinggi.

Program kesetiaan pelanggan

Selain mengekalkan piawaian halal di cawangannya, Gigi Coffee sentiasa berusaha menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk Loyalty Program, tawaran istimewa dan eksklusif, pas langganan kopi serta pesanan atas talian melalui aplikasi mudah alih.

Perkembangan tersebut digabungkan dengan fokus syarikat itu pada kelestarian dan penglibatan komuniti dalam usaha mengukuhkan kedudukan sebagai jenama dipercayai dalam pasaran kopi yang dinamik di Malaysia.

Memiliki lebih 150 cawangan seluruh negara, Gigi Coffee bukan sekadar menawarkan kopi berkualiti tinggi dengan harga berpatutan dan sesuai gaya hidup urban, jenama itu turut dikenali dengan komitmennya terhadap inovasi dan penciptaan.

Menjanjikan kepuasan berterusan, minuman yang disajikan meninggalkan pengalaman yang luar biasa dan unik dalam setiap tegukan.

"Kami percaya Gigi Coffee bukan sekadar minuman tetapi cerminan gaya hidup masa kini.

"Justeru kami memberi tumpuan kepada mencipta minuman yang sesuai dengan gaya hidup moden agar menepati cita rasa pelanggan,” kata Soon Yong.