Cuepacs hargai komitmen kerajaan utamakan perkhidmatan awam

Iklan
Adnan Mat (Laporan Sinar Harian)

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai komitmen kerajaan dalam mengutamakan perkhidmatan awam menerusi pembentangan Belanjawan 2025.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, iltizam kerajaan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat selaras dengan inisiatif pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) iaitu untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang begitu komited dalam memastikan pendapatan boleh guna penjawat awam ditingkatkan selaras kenaikan kos sara hidup.

"Kadar gaji minimum untuk penjawat awam ditetapkan pada RM2,115 sebulan melalui pelaksanaan SSPA pada 1 Disember ini secara berfasa.

Iklan

"Terutamanya bagi menghadapi pembukaan sesi persekolahan, sambutan Ramadan dan Aidilfitri yang rapat antara Februari serta Mac tahun depan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat memaklumkan, bantuan khas itu turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

Iklan

Adnan berpandangan, secara tradisinya, kerajaan memperuntukkan BKK setiap tahun sejak 2013 sebagai tanda terima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Cuepacs berharap semua penjawat awam memberikan komitmen yang penuh dalam memastikan iltizam kerajaan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan terutama melibatkan kerjasama dan koordinasi antara jabatan.

"Komitmen Anwar untuk meneruskan pemberian ini amatlah Cuepacs hargai," ujarnya